Flaming Arrow Glitter Purple

Saturday 25 June 2011

Kenangan2 Jer

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini admin nak menulis pasal sesuatu perkara, iaitu mengenai "kenangan". Tapi kenangan admin bukannya kenangan pasal cinta er. Admin tak pernah bercinta dan tak mahu bercinta kerana ia akan memberi banyak masalah.
Baiklah, berbalik kepada topik kita tadi, admin ingin menceritakan mengenai kenangan admin, dalam hidup seseorang individu tentu ada kenangan kan. Admin selalunya akn terkenang perkara dulu2 kalau mendengar lagu, menerusi bau sesuatu ataupun tiba2 je teringat kan. Kadang2 tu rasa sedih pun ada, gembira pun ada, terharu pun ada, sampai bangga pun ada jgak. Admin selalu teringat suasana tempat mengaji dulu, kalau tak silap masa darjah 5 kut, masa tu best sangat2, sampai susah nak bagi tahu. Pastu masa nak ambil result pmr, tengok2 tak boleh ambil, kena bayar hutang dulu. Lau nak ceritakan pasal kenangan ni sampai bile2 pun x habis kan. Admin saje je nak menulis malam ni. Harap seronok membaca. Sekian, bye2..

Thursday 23 June 2011

Pantun-pantun jer

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Friday 17 June 2011

Kelate Boleh

KOTA BHARU – Selepas dirundung malang tewas di pentas perlawanan akhir Piala FA 1-2 kepada Terengganu, Sabtu lalu, Kelantan bangkit melupakan episod duka tersebut apabila mengalahkan
Perak 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam semalam. Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, tiga mata yang diperoleh cukup penting, apatah lagi tampuk kejuaraan masih lagi belum memihak kepada pasukannya setelah dua pencabar terdekat terus menampakkan kedegilan untuk mengintai peluang memburu impian yang sama. “Kemenangan memang sukar ini dicapai, apatah lagi kita baru sahaja
dalam proses pulih daripada kekecewaan kekalahan perlawanan akhir Piala FA tempoh hari. “Saya percaya kita sudah terlalu hampir dengan kejuaraan liga. Saya tidak mahu memikirkan nasib pasukan lain (Selangor dan Terengganu) yang sentiasa mencabar kita. Saya berfikiran positif bahawa Kelantan boleh menjadi juara liga musim ini. “Bukan senang bagi Terengganu berhadapan KL Felda United FC dan tidak mudah juga bagi Selangor menentang Perak di Ipoh. Saya akui kesukaran kita apabila bertemu Sabah, namun itu saya cukup yakin betapa kita mampu mengutip mata di Kota Kinabalu ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Sementara itu, pihak pengurusan pasukan Kelantan telah memberi cuti rehat selama seminggu kepada semua pemain, setelah mereka penat mengharungi jadual perlawanan liga yang begitu padat sejak dua bulan lalu. “Saya mahu pemain menikmati cuti mereka sepuas-puasnya tanpa memikirkan tentang bola sepak. Saya tidak keraguan tentang komitmen pemain kerana mereka telah berikan yang terbaik sejak dua bulan lalu. “Saya mengharapkan kesemua enam pemain yang menyertai skuad kebangsaan tidak mengalami kecederaan kerana sudah pasti kita akan menggunakan khidmat mereka selepas ini. Norshahrul Idlan (Talaha) pula terpaksa direhatkan selama dua minggu kerana mengalami kecederaan hamstring dan mungkin diketepikan daripada skuad kebangsaan. “Sebaik sahaja mereka melaporkan diri, kita akan kembali memperkemaskan pasukan termasuk mengekalkan tahap kecergasan pemain. Kita masih ada masa dua minggu merangka persiapan pasukan bagi penentuan juara liga musim ini, ”

aq x thu

akhir nye aq b'jya m'cuba sesuatu yg bru.. Tp aq msih belum pandai, ape ni x thu lah aq..